Saturday, May 21, 2011

Lesson I

Assalamualaikum.

Oh okay anak anak sekalian, memang gua tak tido lagi. Padehal esok gua tuisyen. Wah kisah apa gua? Itu rutin. Paham tak? Rutin. Gua rasa gua adalah antara anak dara tak boleh tidur awal walau camne pun kau ngantuk. Weh gua siyes. Tido pukul sepuluh? That's so-not-gua. Gua paling awal pun tido pukul 12. Jadi jangan terpedaya dakyah gua kalau gua kata gua tido awal. Tu dakyah. Tu azam tak jadi. Tu menipu. Emak gua baru text suruh tido. Mom, I just can't. Oh gua tau gua tak boleh pass lagi jadi calon bini semua orang. Takpe, Ozil ada. Gua heran ape baiii.

Gua update entri ini sambil dengar lagu PunkRock. Kalau tiba tiba mood on-off, lu all abaikan je lah k.

Oh. Sejak gua besar ni, gua perasan gua punya perangai tak macam dulu lagi. Gua tak de lah sekanak-kanak dulu. Well, masa dulu gua bukan nak cakap apa lah kan, gua ni memang banyak cakap, bijibody, peramah, friendly dan sifat-sifat mahmudah yang lain. Tapi sekarang ... (gua taktau lah nak sedih ke tak), tapi yang pasti gua rasa gua makin hari makin suka jauhkan diri daripada orang. Ok, kita ambik konteks hubungan gua dengan family gua (cousin) , yang kawan-kawan tu nanti dulu. 

Sejak-sejak gua sibuk dengan life dengan tuisyen class dan lain lain , gua rasa gua punya sifat kemanusiaan terhakis. Peh, parah. Gua jadi malas nak jumpa orang yang rapat dengan gua dulu-dulu. Maksud gua, family gua (cousin). Gua jadi malas nak jumpa nak jawab soalan ape khabar study camne nak gosip nak dengar tu nak lepak and all. Semua dah jadi tak in dah. Yela, nak borak pun dah takde topik. Diorang punya topik jenis jenis orang KL punya stail, gua ni Seremban je duduk, ceruk sini, tak mampu deh nak beli make up Mac ke apa, gua ni pakai eyeliner sikit pun dah berair-air air mata neh (sebab jarang pakai), gua tak mampu deh dek.

Lagipun, life diorang lain lah. Sebab, gua rasa kalau cerita pasal fashion friends lifes memang haih berbeza gila kau EmyAmalina. Emy, kau duduk kampung ceruk mana? kahkahkah. Huh janji aku fasih lah jugak nyanyi lagu Jar Of Heart *cough Abang cough*. Jadi kan, persepsi gua dekat diorang macam ' Ok diorang mesti nak borak hal diorang, baik gua blah '. Ha camtulah. Punyelah bersangka buruk, peh teruk perangai.

Well, but then I learnt, Emy without them, you're nothing babe *ayat artis* Tapi kan seyes, kalau lah gua kahwin nanti, siapa lah kan nak tolong buat kenduri? LOLOL yang tu yang gua pikir kahkahkah -.- Oh tak lah. Sebenarnya ada kisah eh. Camni, adalah hari tu, gua lepak dengan a cousin of mine yang super close with me dulu, dia tegur, dia kata, ' Kau sombong lah.' Gua pulak macam ,' Yeke ? Yeke? Me-not. '. Dia pun macam malas nak jawab soalan gua. Pastu kitorang borak. Memang lah topik in out in out yela kampung kan mano lah paham den ni haha sadis wei sadis, but then kejap je gua dah gelak macam orang gila. Then I realised, things never change but our mind does. Yela, dah membesar pun kan. Segan pun ada dengan cousins. Tapi bila fikir-fikir balik, eleh time dulu slambek je tido ramai ramai peluk peluk satu katil dah besar kau nak awkward pulak, wei nak kena lempang ke? LOL.

Lagi satu, diorang lah yang akan ada after your bestfriends. Lepas bestfriends kau gaduh gaduh dengan kau, takde korang ngadu dekat parents kan? Haram wei haram. Gua selalu carik cousins hehe biasalah habis madu sepah dibuang, kadang-kadang gua kutip je madu tu balik.

Me : Wei, tensi lah tensi!

Cousin: Ce cite ce cite.

Me : Malas aku wei eeeeeeeee bengang bengang bengang lah!

Cousin : !@#&*())__&^%$###@$%$%@ ( biasanya mencarut untuk menenangkan gua. Apa jenis cousin camni pun gua tak tau)

LOL, sebenanye takyah ngadu pun kau dah chill balik bila diorang ada. Well, they're always for you, cuma lain mak lain ayah je, tapi sama nenek sama atok bai. Gua sedar yang they've being my brothers and sisters for over 17 years, and we've gone through all childhood moments together. Wei kalau setakat tengok gua kena rotan dengan bapak gua, slambek je dorang backup gua. Backup besar bai! LOLOL.

Cuma, yelah sekarang dah besar kan. 

I'm missing you guys.

No comments: