Wednesday, December 28, 2011

Of PLKN, License, Holiday and whatnot.

K. Hai blog. Kemain lama gua tak apdet blog nii. Arr arr rindu gila. Tolonglah faham.

So, aku nak cerita cuti aku nii. Kira tebus balik lah tak apdet blog hampir sebulan tak apdet blog. Hiwhiw. 

So, apa wa bikin cuti hampir tiga minggu nii? Nak kata duduk rumah melepak je takde lah jugak. Tak pernah gua rasa dalam seminggu tu gua duduk kat rumah je. Ada je aktiviti. Ni mata nii. Tak pernah nya cukup tidur. Yelah, dah sedar diri tu jenis tidur lewat-lewat, amik kau terus cuti nii teruk gila. Bangun awal lah jugak around 8-9-10 camtu (hehe) lepastu terus melasak ke sana sini then tidur balik jam  4-5-6 pagi. Dan begitulah kisahnya. Badan jadi restless, flat terus. Tu yang kalau masuk kereta je mesti tidur. Tak kiralah kalau jarak sejengkal je pun, mesti lelap ah mata nii. Hewhew teruk perangai.

Makanya, hari tuu gua gerak ke kampung. Pehh lu tahu tak, gua nii bukan lah dah lama tak balik kampung, cuma sebelum nii selalu busy jadi balik kampung pun kejap-kejap je. Macam hari nii balik kampung pukul 10 malam, then esok pukul 7 pagi dah gerak balik Seremban. This is so sad. Makanya, hari tuu aku balik kampung sampai tiga hari berturut-turut okay. Berturut-turut baii. Sooo heaven dapat spend time with my dearest atuk Harun and my cousins, Farah, Aca and Nurul. You wouldn't know how much I miss these girls. So, every night I catch up with the girls. Masing-masing dah cantik dah sekarang, so topic tak lari ah dari boifrendszz. Gua kalau dengan dorang nii boleh jadi gedik tiba-tiba. Yelah, dorang cantik. So,takde topik lain dah haha k lawak. Macam-macam lah jugak kitorang borak. Brr I miss 'em soo much. Siap cakap lagi risau sebab nanti dah besar mesti masing-masing busy. I isz sad.

Okay. Cerita pasal lesen pulak. Hai, saya baru je fail test computer tadi. Saya rasa awesome. K tipu lah tuu kalau cakap rasa awesome. Padahal rasa nak nangis. TskTsk. Now tell me how to ask RM27 from dad? Okay, I know dad akan kasi (mungkin), cuma rasa serba salah lah sebab he had to pay for both my brother and I, RM 1400++ for our license. Aku pulak boleh je menambah-nambah lagii nak kena bayar. Argh. Hiba tau! Dahlah, aku yang baca buku, abang bukannya baca pun. Duduk melepak melepet je tengok TV. Last-last dia yang lulus, and me. not. :(

K. Cerita pasal PLKN pula. K, sebenarnya gua dapat Kem PLKN di Kluang, Johor. Umangai jauh komain lagi. Saja dibuli eh den nii kasi jauh-jauh. Mula-mula macam nak menangis (haha), lepastu gua rileks je. Tapi my dad suruh tukar. Ayah suruh ikut abang. Hesh abang nii. Mano ado dio, tu lah ada den. Tak cool okay. Ayah kata, senang sekali dua satu kem nak visit ke kecemasan ke ayah senang. So, aku rileks jelah. Aku pun malas jauh-jauh. Orang semua bersungut nak datang jauh sangat, tak ikhlas dorang ni tau!. So, ayah aku apply mintak tukar kem PLKN PD, sama dengan abang. Makanya, aku dapat. So, haritu buat checkup semua untuk aku dengan abang sekali. Sekali doktor cakap abang tak boleh pergi sebab dia hypertension lepastu adalah problems lain. Aku pun macam brrr fuuuuuuuuuuu? Now, I'm going to PLKN PD alone. Yes, alone. Yela, kalau dekat Kluang tu, aku adalah kawan-kawan sikit. Nih ha, kat PD nii tah sesapo tah aku kawan. Brrr nasib ah kau Emy. Allah memang jodohkan kau disana. Redha.

K, tu je nak cite. Hihihihihiw. Okay bye. Jumpa lagi! (ceh)