Monday, January 23, 2012

Three weeks and still counting.

Hai. Hai. Rindu gua tak? K. Tahu. Ada yang rindu. Brr. Gua tak pahei lah asal cakap rindu je mesti ingat boipreng girlpreng brr jumudnya pemikiran. Yang rindu gua haruslah family dan bestfriends. Ya ya, I know you guys missed me a looooooooooooot. Haha. K tak habis-habis buat bunyi gangster gua-lu gua-lu. Meh kita feminin sikit pakai saya-awak pula. Ye, hari ini saya akan bercerita mengenai kisah kehidupan PLKN saya lah awak ^_^ ( come on. Asal bunyi manja sangat nii wei? Geli beb geli). Tukar. Tukar. K. Harini aku akan ceritalah sikit-sikit life aku dekat sana k. Buat orang-orang yang suka membahan aku seorang pelatih PLKN, anda harus baca. *ehem Aldo Conrad ehem*

PLKN. Ehem. PLKN ini best. I mean, PLKN adalah tempat bersosial paling terbuka di mana kau sangat-sangatlah digalakkan berkenalan antara satu sama lain tak kira bangsa, jantina, agama dan umur. PLKN nii kira baguslah untuk si kera sumbang macam aku nii yang bleargh poyo je bajet pendiam je bila jumpa orang yang tidak dikenali. Kat sini, budak-budak semua peramah tahap dewa dewi, baru first time jumpa pun kau bolehlah nak gelak-gelak sebab nak ajak budak tu jadi geng kau bila kau takde kawan nanti. K. Aku first-first sampai je memang forever alone. Aku jalan dengan satu geng dari Seremban nii. Diorang untung sebab satu sekolah. So, aku macam jalan je lah dengan diorang. Awkward gila okay. Diorang nii peramah, aku pulak macam ada masalah dalaman. Dorang tanya sepuluh patah, aku jawab tiga suku patah (haha). Aku macam susah lah nak get along dengan orang baru nii. Then, aku jumpa sorang budak Labu nii. Cantik. Free hair. Ha, dia nii lagilah peramah. First kenal ke dah panggil beb-beb dah dengan aku. Aku muka naif je, senyum je bila dorang buat lawak. So dipendekkan cerita, aku terus masuk dorm aku, Gemas 2. Kat sini, nama-nama dorm ikut nama-nama tempat di Negeri Sembilan. Ada Gemas, Seremban, Kuala Pilah, Linggi, Port Dickson dan banyak lagi. Malas lah nak taip. Dah lah aku boleh buat lawak antarabangsa masa dapat tahu dorm aku tuu.

Jurulatih : Ha Amalina, awak Gemas okay.

Aku : Cikgu, saya Seremban lah.

Jurulatih : Tak, awak Gemas. Awak kan Charlie. Charlie duduk Gemas.

Aku : Tapi saya budak Seremban. Hmm.

Jurulatih : Awak dorm Gemas lah sayang. Takde kena mengena dengan Seremban ke apa.

Aku : K *malu*

T.T Aku nii memang menyedihkan wei -_-. Oh ya, aku budak Charlie. Budak Charlie yang awesome. Hehehehe. Oh first day jugaklah aku kenal Fai, Melly, Wawa and Aisyah. Ha tu semua dormmates aku yang Melayu. Kat sini satu dorm paling ramai pun 11 orang. Tapi kitorang punya dorm tinggal 8 orang. 5 Malay, 3 Indian. Chinese semua dah takde dah. Aku rindu Marcoco and Dora, wuwuwu :( 


Memang aku taknak rotate pun gambar ini sebab malas. K faham?
Oh ya, ini Faiqah Ekram. Say Hi to her. 

Kat sini rutin hidup dia pack. Pack gila wei. Setiap pagi aku antara manusia awal mandi sebab malas nak berebut pagi-pagi buta tu. Lagipun aku suka tidur balik lepas mandi sementara tunggu subuh muehehe. Dan ketahuilah kamu bahawa aku adalah sejenis manusia yang tidak suka rushing. Oleh itu, banyak benda aku skip untuk mempercepatkan pergerakanku disini. Antaranya ehem-ehem, aku suka mandi paling awal dan terus lengkap pakai baju PT siap pakai kasut sekali pastu tidur balik before bangun terus pergi sembahyang subuh di surau (haha), aku suka skip minum petang sebab nak pergi solat asar, aku suka skip makan malam sebab nak mandi awal nak kejar waktu 7.15 kena berkumpul before pergi solat maghrib, aku suka makan tengah hari sikit-sikit dan basuh tray paling awal sebab malas kena bebel bila lambat beratur before solat zohor. Ha begitulah hidup aku. Aku tak suka rushing. Jadi, dari rushing baik aku skip makan dari kena berlari naik dorm nak mandi before maghrib tu. Kitorang makan selalunya pukul 6.30. Tapi nak tunggu budak-budak nii ambil tray duduk diam-diam semua tuu, memakan masa sampai 6.45. 6.45 baru start makan, tu pun kena ambil makanan ikut kompeni. Ikut giliran. Ha, lepas makan kena naik atas, mandi, pukul 7.15 kena ada dekat bawah balik. Memang tak kan ah aku makan wei -_-// Yang rajin makan nii selalunya rushing mandi komain copek lagi sebab cikgu dah bising suruh beratur. Aku siap boleh lepak lepak lagi atas katil sementara kena tunggu beratur. Oh ya, kat sini memang aku suka tak makan sampai cikgu bising. Bunyinya memang riak, tapi fakta wei -_- Aku memang tak makan, dan juga malas bersenam. Kahkahkah. Mesti kau rasa aku poyo kan tak makanlah bagai tapi tak kurus-kurus jugak. Nak buat camnee wei, aku malas gila kot bersenam. Selalu pagi-pagi cikgu-cikgu kompeni aku, Cikgu Asri and Cikgu Norish memang suka bawak jogging keliling kem 2 round. Memang penat gila wei pagi-pagi kena jogging pukul 6.30 pagi tu. Aku macam biasa, aku dengan budak-budak perempuan yang malas lain semua setakat jalan je rileks-rileks tengok orang dah pergi jauh. Hahaha suku jalan je kitorang jogging, selebihnya kitorang jalan. Hahaha. Tapi berpeluh jugak. Berpeluh bagai nak gila. Haha. Tapi kalau Cikgu Kadir pun best jugak. Dia selalu jogging satu round je, lepastu buat macam-macam exercise. Dia suka buat senaman ganas-ganas tapi lawak gila wei. Aku suka gila kalau dia yang handle kitorang. Dia ada banyak exercise menarik weh. Haha. Missed him already. Hai cikgu. Saya tak beli lagi baju kuning dan boot yang cikgu pesan tu. Hehehew.

Oh yang pasti, kat sini aku sangat hitam. K. Malas nak cerita part tuu. Sedih dan hiba. T,T


Depan tandas dorm -_-
Oh ya, aku akui memang aku peluk tangan chinese tersebut. Macho kan dia? Hikhik.
K. Dia perempuan okay -_- Kalau dia lelaki, dah lama dia botak dah. 


K. Kat sini aku nii takde lah kera sumbang sangat. Sifat aku yang satu tuu dah diperbaiki -sikit-sikit. Aku dah ada a few girlfriends, which is my dormmates (hahahaha) dan juga budak-budak perempuan Charlie. K, aku rapat dengan diorang semua. I mean, budak-budak nii jelah. Budak-budak dorm lain, kompeni lain tu, bila aku nampak, aku senyum je lah. Hehehe. Told ya, kat sini aku sangat pendiam. Aku tak macam aku dekat sekolah dulu. Aku jadi macam awkward dengan everything. Aku takdelah nak menonjolkan diri di khalayak ramai mengaku aku mampu jadi ketua. Ceh. Haha. Memang tak lah aku buat macam tu. Kat sini, aku masuk kelas pun aku jadi pendiam. Kelas aku ada 80++ budak-budak. Ramai kan? Ha. Tapi berapa kerat je aku kenal weh -_-. Tu pun aku kenal sebab ada kumpulan kecil. Kumpulan kecil aku ada 2. Satu untuk modul satu, satu lagi untuk modul dua. Setiap kumpulan kecil ada 10 orang. Wira (boys) yang aku kenal kat kem nii pun mostly budak-budak kumpulan kecil aku jee. Aku bercakap dengan diorang time main game and time perbincangan je. Dekat luar kelas terus aku buat-buat macam tak kenal dorang. Kalau terpandang pun, mesti buat muka macam, " Do I know you? " Ceh. Haha. Aku tengok budak-budak lain komain rapat lagi dengan geng kumpulan kecil diorang even luar kelas, aku hmmmm hampeh. Haha. Aku rasa macam awkward lah weh. Aku bukannya kenal diorang sangat pun. So, kat sini aku memang macam gaya budak anti sosial je. Bila lepak-lepak dengan wira wirawati Charlie, aku banyak borak gelak-gelak dengan wirawati Charlie je. Tapi depan wira, ha terus aku senyap. Nama dorang pun aku tak tahu walaupun dah duduk tiga minggu haha. Ada satu hari tuu, aku tunggu kawan aku depan toilet, tiba-tiba ada sorang mamat nii lalu sebab dia pun tunggu kawan dia kat toilet sebelah. So, dia tegurlah;

Mamat tersebut : Weh. Kau budak mana?

Aku : Seremban.

Mamat tersebut : Aku KL.

Aku : K.

Mamat tersebut : Kau kompeni ape weh?

Aku : Charlie. Kau?

Mamat tersebut : *muka terkejut* eh? Aku pun budak Charlie lah wei. Asal tak pernah nampak kau?

Aku : *angkat bahu*

Mamat tersebut : Ke kau budak pendiam yang anti sosial tu?

Aku : Takde anti sosial deh *gelak*

Wuwuwu. Menyedihkan bukan? Berbeda sungguh kamu ya Emy di kem dan di dunia luar. Aku pun tak faham kenapa. Harharhar. -_- Sampaikan ex schoolmate aku yang ada kat kem tu pun kata aku lain, cakap dengan dia macam nak tak nak, padahal dulu kalau jumpa siap main ejek-ejek lagi. Eh kau pahal Emy? Haha -_-