Monday, March 19, 2012

What I learnt in camp - Chapter 1

Assalamualaikum.

PLKN. K. Pertamanya, IF kau dapat perintah masuk Kem PLKN, pergi je. Jangan nak kutuk-kutuk kem tu dulu sebelum kau masuk dan rasa segala pengalaman dekat situ, tolonglah jangan. Nanti kau akan malu dan segan tak terkata (macam aku). Brrrrz. 

Okay. First of all, PLKN rocks. Sebab benda ini once in a life time, bukan kau boleh beli pun pengalaman hidup dalam kem nii. Theres difference between budak terpaksa dan dipaksa masuk kem dan budak yang memohon sukarela. Budak yang dipaksa dan terpaksa (which is me), kau akan nampak betapa banyak kau belajar dekat situ dan pengalaman hidup yang kau tak boleh beli di mana-mana. Lagipun kau sendiri tak pernah imagine life dekat PLKN adalah macam tu. Lain dengan orang yang mohon sukarela nak masuk, diorang semua dah prepare physical and mental nak masuk, and diorang juga dah tahu dari mulut orang how fun PLKN is. Unlike me. Asyik bersangka buruk je dengan PLKN. Haha. Oh for your additional information, kalau memohon sukarela nak jadi pelatih PLKN, you won't get allowance like us did, and you have to pay for foods and all. So, kalau anak orang kaya yang bosan-bosan duduk rumah malas nak kerja tak tahu nak habis duit pergi mana, apply lah PLKN. Berbaloi. Ikhlas pesanan dari Duta Khidmat Negara. Thank you. Brrrz.

Kalau aku nak rungkai satu-satu pengalaman hidup aku dekat sana, memang ah ambik 40 chapter, walaupun aku hanya pergi tiga bulan. Brrz poyo tak? Haha. Senang cerita, macam nii. If you are from boarding schools, SBPs, MRSMs, SBTs or whatever you-name-it, you should go here. Kiranya macam kau mesti tak sedar kan yang kau dah bergelumang dengan buku for almost 5 years, sampaikan kau punya social and life skills pun terhakis kan kan kan? I can give you example for this. Aku, walaupun tak datang dari SBP or MRSM ke apa, tapi kau tahu-tahu je lah SHAMS kan, dia punya hidup pagi petang siang malam penuh dengan buku je, and aktiviti agama juga (Alhamdullillah, I am proud to be a shamsian. Ceyh!). Tapi masa datang sini, aku ada problem nak cope dengan surroundings. Aku susah nak fit dengan Chinese and Indians which 5 tahun kot aku mana pernah lepak dengan diorang. Lagi satu, dengan orang yang macam-macam latar belakang. 

First. Masa mula-mula datang dulu, aku diam je. Aku banyak bertegur dengan Malay je. Mana ada aku dengan Chinese and Indians pun. Sikit pun tak. Aku rasa macam awkward, sebab tak tahu nak cakap apa. Sampailah ada satu hari, one indian girl company aku tanya kenapa aku tak pergi sembahyang Jumaat dengan budak lelaki sekali. Aku senyum and terus explain. Masa tu jugak dia cerita pengalaman dia yang macam-macam. She did hafal zikir-zikir, asmaul husna, Al Fatihah, tiga Kul and all. She is an Indian girl. Indian girl. Aku terdiam. Aku kagum. Lepas tu, aku tanya one of  my Malay friend, cerita benda yang tahu pasal Indian girl, kawan aku yang Malay ni boleh cakap yang benda tu semua benda biasa. Dorang yang bersekolah campur nii dah pernah tahu macam-macam pasal Islam. Lagi satu, in my dorm kan ada 3 Indians, which is 2 of them are Kristian and seorang lagi Hindu. Diorang sangat menjaga okay. Diorang takkan ambil gambar waktu kitorang dalam dorm sebab takut tak jaga aurat, kejutkan kitorang awal-awal pagi suruh sembahyang subuh (dorang bangun awal gila, pukul 5 weh), tanya dah solat ke belum, tanya kenapa tak sembahyang (period time tu), hormat azan, and hormat kalau kitorang solat dalam dorm. Mungkin korang yang membaca ini kata perkara biasa, but not for me. Entahlah, mungkin aku ni prejudis ke apa sebelum. Seriously, PLKN buka mata gua besaq besaq weh. 

Second. Kalau dekat SHAMS dulu kan, aku selalu tengok, MOST of us come from almost perfect family, which parents semua berkerjaya, adik-beradik semua cemerlang gemilang terbilang, baik perangai, and we ourselves sibuk mengejar cita-cita dunia akhirat kita. Sampaikan aku pernah sampai satu tahap di mana aku sendiri tak boleh imagine life aku kalau aku tak dapat apa yang aku cita-citakan selama ini. Mana nak letak muka weh. Semua keliling aku manusia sempurna, tiada cacat cela, bagus. Macammana aku nak duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan mereka semua. Tapi PLKN taught me different things. Ada one time, whole wirawati of Charlie company menangis gila-gila sebab kalah pertandingan kawad kaki. (P/s: Charlie have Cikgu Kadir, cikgu paling awesome in PDS Resort, so bila kitorang kalah, kitorang sedih sebab tak dapat buat dia senyum, and I bet this is his first time trained a loser, like us, like me). Jadi, masa tengah menangis tu, ada one girl datang dekat aku. Okay, lets named her H. So, hai H. Haha. She came to me, and said, 'Weh Emy, jom keluar jap dari dewan nii. Aku nak cakap sesuatu dengan kau'. Aku pun ikut je lah H keluar dewan sambil bergenang air-air mata ku ini. Acehwah. H pandang aku, dia cakap ; 'Emy, come on lah kau orang semua nak menangis sebab benda nih je. Kalau setakat menangis setitik dua air mata aku boleh terima, ni dah macam orang putus asa dah aku tengok korang. Aku faham apa yang korang rasa. Aku tahu Charlie asyik kalah je, dan aku tahu korang fikirkan pasal Cikgu Kadir. Tapi korang tak perlulah nak menangis macam nii sekali. Kau orang semua dah nampak putus asa je. Membazir weh air mata korang. Emy, kau sedar tak yang dekat luar sana dugaan lagi besar dari ini? Dugaan kekalahan Charlie, kekalahan kawad korang walaupun korang berlatih siang malam nii adalah sangat sikit nak dibandingkan dengan dugaan kat luar sana. Dugaan ini tak layak pun air mata kau weh. Wake up and smile. Everything happen for a reason. ' . Since then, aku rapat dengan H nii. Aku selalu kagum dengan dia.

Ada suatu petang, aku duduk lepak dengan dia. Aku cerita betapa cuak aku nak ambil result SPM aku, betapa cuak aku nak hadapi masa depan aku. Dia terus cakap ;

 'Emy, baguslah kalau kau datang dari keluarga bagus dan kehidupan yang bagus. Belajar bersyukur dan terima segala keputusan yang Dia dah tetapkan untuk kau. Kau nak tahu tak, aku masa ambil SPM, aku ambil dalam hospital sampai habis paper. Aku masuk hospital sebab aku kena rasuk a day before exam, terus badan aku lemah and demam panas. Bayangkan, paper BM aku jawab dengan mengantuk, menggigil. Aku tak boleh nak mengeja pun. Semua susah masa tu. Air mata aku tak pernah berhenti weh masa jawab exam. Setiap kali nak ambil paper, kitorang kena cucuk ubat sebab nak tenangkan perasaan. Tapi, effectnya, aku mengantuk gila. Bayangkan, kalau BM aku dah macamtu, macammana pulak paper aku yang lain kan? Aku redha. Ini semua dugaan dia. Mata aku nii tak pernah berhenti menangis weh. Walaupun mak aku kata takpe, dia tahu aku tak mampu, tapi aku nampak dalam mata dia weh harapan dia nak aku berjaya My. Kau bayangkan je lah, ayah aku dah takde masa aku umur 12 tahun. Bertahun aku hidup terumbang-ambing dekat KL. Abang-abang aku semua tak boleh pakai. Ada jadi penagih, ada dah kahwin tak balik-balik rumah sebab takut isteri, ada yang tak balik rumah langsung. Mak aku jual kain baju dekat pasar malam weh. Abang aku yang first jual CD dekat pasar malam, yang second and third tu pulak jual air dekat pasar malam. Aku balik sekolah selalu tolong diorang. Aku dah biasa hidup susah My. Aku dah lali tengok air mata emak aku My. Aku kerja sebab nak tampung belanja sekolah aku My. Lepas ayah aku meninggal, aku punya result semua teruk. Ingatkan waktu SPM nii lah nak buktikan dekat emak aku, tapi nak buat camne, tak kesampaian kot. Mungkin ini dugaan aku My. Aku terima. Aku redha. Aku yakin ada hikmahnya. Tapi kau, belajar bersyukur. Belajar menerima kehidupan ini seadanya. Belajar menghargai segala yang kau ada. Apa yang kau ada, aku tak ada. Aku kalau ikutkan hati taknak datang sini, nak tolong mak aku, tapi nak buat camne, dah terpaksa. Banyak doa My. Allah tolong kita.'

Dan aku menangis dengar cerita dia. Dia sikit pun tak menangis. Dia banyak senyum. Ini bukan cerita tipu, aku reka. Tak. Ini cerita betul. Sampai bila-bila pun aku akan ingat dia dalam hidup aku. Allah sent her to me to teach me how to Syukur on all His gifts and tests.

Kalau dekat SHAMS, banyak kawan aku keluarga dia cukup sempurna dan bahagia, tapi dekat sini, aku ada kawan yang parents dia dah bercerai dan both her mum and dad kahwin lain. Tu yang kalau call parents tu, dia panggil ayah, daddy, mummy and mama. Dia ada tiga keluarga. Lagi satu kawan aku, datang from a good family, kaya dan berjaya. Sayang, dia jahil. Nauzubillah.

Kehidupan kan? PLKN, thanks for enlighten my life. 



Au revoir.