Monday, December 24, 2012

2013

2013, Selamat datang. (Lagi 6 hari sebenarnya, but wu carez)

Sebenarnya, dah nak start 2013 ni, kena prepare resolution baru, senang nak checklist. Kot-kot tertinggal. Tapi tak tahu, tengoklah cemana. Sebenarnya, nak kurus selalu jadi top list azam setiap tahun (versi duniawi la), tapi tak pernah menjadi. Tapi insyaAllah, tahun ni menjadi. Amin! Amin! Amin! Hehe. Since Madox ada jadi partner jogging dekat INTEC, insyaAllah boleh kot, since dia ni atlethic gila, setiap petang asyik nak jogging je, like hekeleh. :'B Dan juga Farah, penjimat abadi. (Tapi kalau dia boros, you ken believe it. Dahsyat). Sebab dia ni jenis berkira dengan makanan, so selalu terikut dia. Makanya, InsyaAllah BMI NORMAL TAHUN 2013 DAN TAHUN SETERUS-SETERUSNYA. Hihi. 


I've been thinking, about these two things, 1) Herbalife. 2) Beutskin Essence. (Yes, please google yourself. Jangan nak spoonfeed je. Cubit kang!)

1)Herbalife.

Masa dekat Shah Alam last month, terjumpa dengan sorang akak Herbalife ni. Dia pergilah check badan berat, BMI, amende semua. Dengan rileknya, dia kata saya............*censored*..... Rasa macam, nak terbalik dunia ini masa dengar benda tu semua. Macam......selama ni saya jogging sia-sia ke kak? Wakever. Selepas itu, saya pulang ke rumah dan makan nasi dengan lauk ayam LIKE A BOSS. Sebenarnya, risau jugak dengan berat badan., Tipulah tak risau! Tak perempuan lah kalau tak risau. Tsk. Herbalife ni sebenarnya okay je kalau nak makan semua, tapi disebabkan sifat poyo yang menebal dalam diri gwa, gwa rasa kurus cara neutrallebih berkesan. Makanya, gwa pun malas lah nak minum Herbalife dirumah. (Mama beli, tapi dia pun tak nak minum). Tapi entahlah, kekadang tu sakit hati jugak bila badan tak kurus-kurus, rasa macam eeeee aku minum Herbalife ni kang!. Pastu.....tak jadi. Hehe :'B

2) Beutskin Essence.

Aku dah perasan produk ni since few months ago. Dan, kesannya amazing. Kata orang. Kata oranglah tapi. Entahlah. 



Yang beriya-iya nak cantik nak tunjuk kat siapa?!?!??! Entahlah.


P/S : Aku syukur, umur 18, tapi masih belum pakai apa-apa make up dekat rumah bila keluar rumah. Aku juga bukan seorang fashionista, apatah lagi hijabista. Aku lagi selesa jadi biasa-biasa (the most average people yang kau pernah tengok) sebab aku rasa aku ok bila camtu. Oh k bye.



But, I'm gonna get myself a pair of this shoes. Ahaks! 2013 punya wishlist. :'B