Friday, March 18, 2011

Susahnya jadi Emy Amalina sebab kau akan bersedih dengan beberapa sebab sahaja. Dan salahsatu sebab utamanya adalah , kawan baik. Wei kalau kau nak cerita dengan aku berapa kali aku sedih dengan kawan baik , takpayah cakap lah wei. Aku rasa dari kecik ke apa entah aku dah dididik macam apa apa kawan baik kau buat dekat kau , kau kena fikir , kau kena hadam , kau sent nerve impulse dekat otak kau , suruh dia interpret , send receptor dekat perasaan kau. Dah lah macam keji gila sebab 90% perasaan yang aku accept semua sedih , hiba , kecewa , life must go on , let them be dan sebagainya . Apa ni , apaaaa niiiiiiiii . 

Tapi kan. Aku pun taktahu lah aku ni matang ke tidak ( aku dah akhil baligh okay -.- ) . Bukan. Maksud aku macam hmm hmm even aku dah rasa benda tu lama , aku still can't adapt with those feelings. Heh lepastu diri sendiri sedih sorang sorang . Dah tu , lepas sedih boleh pulak rasa Woi Emy, agak ah kau nak sedih pasal benda bodoh macam tu, beragak lah sikit kan -.- Sekarang ni nak salahkan siapa ? Salahkan ayah tak boleh mengandung ? Camtu ? Camtu ? Hmmmph.

Tapi kan. Mungkin lah benda paling stupid that I can't get used with is when my best-boy-friend ( kawan baik lelaki lah , kau paham tak ni ? ) got a new girlfriend. Ok. Bukan nak cakap aku ni girlfriend dia so dia takleh ada girlfriend. Wei bukan camtu. Yang aku rasa melebih ni bila dia ada awek , paham tak ?! Paham tak ?! Entahlah , gedik kan ? Ha. Jangan buat perangai macam aku bai. 

Ok. Put yourself in my shoes lah brother before kau cakap dasar budak manja gewdixxx . Cuba kau rasa begini.

Kau ada kawan baik lelaki yang super osem ( awesome ye anak - anak ) . Yang dok 24 jam habiskan masa dengan dia je. Merepek , bergaduh semua sama sama. 24 jam. Ok. 24 jam. Tiba tiba , satu malam ni dia kata dia ada minat sorang minah ni, dia nak usha dah awek tersebut. Kau pun macam hmm ha usha lah awek tersebut weh, aku sokong -.- Ha macamtu lah lebih kurang ayat kau. Lelaki ni pun usha lah. Sekali dapat lak dia jadi awek kawan baik kau sorang ni. Habis tu ape lagi , tiap tiap malam asyik cerita pasal kecantikan , kesopanan dan kesusilaan perempuan tersebut , sampaikan kau naik bosan dah dengar . Hesh sabar je lah . Kadang kadang rasa macam kena sindir je bab bab kesopanan dan kesusilaan tu. Taulah aku boyish dia girlish. Aku gelak besar besar dia gelak cover tutup mulut . Dia pakai reben atas shawl , aku pakai tudung indon. Weh heran apa aku. Ha sambung cite. Sampaikan kau naik muak dah. Lepastu kau mengelak lah kot dengar cerita pasal dia lagi. Kawan baik kau ni sedar pulak pasal benda tu. Yang malang sejuta kali malangnya bukannya dia nak tukar topik , tapi dia cari orang lain pulak nak dengar cerita sebab weh dah tak sehati sejiwa dah buat apa nak cerita dekat engkau lagi , haih sedih -.-

Dan. Kau dah tak rapat macam dulu.

Itu ok lah lagi. Dari ...

Perempuan : Weh, lama tak borak wei !
Kawan baik lelaki : Ha'ah la. 
Perempuan : Kau apa khabar doh ?
Kawan baik lelaki : Aku okay je . Kau ?
Perempuan : Aku okay je la. Hihi.
Kawan baik lelaki : Oh.

.. Dan perempuan tu terus rasa macam nak smash je henset sendiri pakai raket Lee Chong Wei.

As the time goes on , begitulah yang terjadi. Makin lama makin tak rapat. Takpe. Dia ada awek dia kan ? Dia boleh jaga kawan baik kau tu.

Dah lah. Aku menyampah cerita ini. Bye bye.

No comments: