Wednesday, March 21, 2012

Kesyukuranku.

Dan kesyukuranku hanyalah setitis lautan nikmatMu di bumi.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 
Pertamanya, saya bukan pelajar straight 11A+s, mahupun straight 11A. Bukan.
Keduanya, saya masih bersyukur.
Ketiganya, Alhamdulillah. 

Selepas hampir dua tahun bergelumang dengan buku, kawan-kawan, cikgu-cikgu, tuisyen, sekolah akhirnya habis jua azab SPM. Oh tidak, SPM itu bukan azab, SPM itu nikmat. Jujur. Jujur aku katakan, perit dan dugaannya menanggung harapan untuk melihat A lurus dalam slip peperiksaan SPM. Banyak yang perlu dikorbankan. Waktu tidur, waktu rehat, waktu main, waktu berfoya-foya di Facebook, waktu menonton drama-drama Melayu, waktu menonton CSI series dan sebagainya. Banyak jugak keluhan, air mata yang keluar. Penat, ya memang penat SPM nii. Demi masa depan, ku turutkan jua. Pagi petang siang malam tuisyen, kelas tambahan lagi petang-petang. Selalu je stay rumah Mahirah, sebab nak pergi tuisyen and kelas. Memang rumah tu jadi rumah number dua lah. Terima kasih dekat ibu and uncle sebab hantar pergi balik tuisyen, makan minum semua. Semoga Allah balas jasa kalian. Aku ingat lagi aku banyak menangis sebab SPM. Sampai dulu, pernah satu point aku menangis gila-gila sebab penat. Tapi Allah Maha Mengetahui, alhamdulillah. Sebenarnya, seram jugak nak ambil result nii. My trial SPM was 8As, and 3Cs. Haha. Physics Chemist Bio semua C+ masa tuu, manalah aku tak menangis kan haha, alhamdulillah.

To my dearest mama and ayah.
You are my heroes forever. Ya Allah, hanya Kau yang mampu membalas segala jasa-jasa mereka. Kalau nak senaraikan satu-satu memang tak muat tiga page pun. Kau older post pun tak mampu. Bersyukur aku dikurniakan mama ayah sehebat mereka. Nak balas jasa pun tak mampu. Mereka yang ada bila aku menangis penat belajar, letih result tak naik-naik, yang selalu naikkan semangat aku bila aku down dengan result sendiri, yang hantar pergi balik tuisyen, datang sekolah malam-malam ambil aku, yang bayarkan duit tuisyen. Mama, terima kasih sebab pernah tolong gosokkan uniform sekolah bila akak balik rumah terus tidur sebab penat sangat.Pagi tu akak terkejut tengok baju dah ber-iron. Thanks mama walaupun akak tahu mama lagi penat dari akak. Ayah, terima kasih sebab kejutkan pagi-pagi suruh bangun qiam, ambil tuisyen malam-malam walaupun ayah penat kerja. Ya Allah, jasa dan pengorbanan mereka sikitpun tak mampu aku balas ya Allah. Mama ayah, maafkan akak sebab mungkin tidak mampu membanggakan mama dan ayah kali ini, mungkin akan menyusahkan lagi mama ayah pada  masa akan datang. Ya Allah, berkatilah mereka, murahkan rezeki mereka, rahmatilah mereka. Aku sayang mereka.

To my dearest cikgu-cikgu.
Semua jasa cikgu-cikgu saya tak boleh lupa. Jasa melayan saya yang banyak cakap, banyak merepek, selalu main-main. Cikgu-cikgu, terima kasih atas ilmu dunia akhirat, pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. Cikgu-cikgu, I am so proud to have all of you as my teachers. I.am.so.proud. Cikgu-cikgu, jasa dan pengorbanan cikgu takkan saya lupakan, insyaAllah selagi hayat dikandung badan. Cikgu-cikgu, terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Tanpa ilmu cikgu, mungkin saya tak mampu jadi macam sekarang. Tak mampu sekuat sekarang. Terima kasih cikgu-cikgu SMKA Sheikh Haji Mohd Said, ilmu dunia akhirat dan doa-doa cikgu, saya hargai dan kenang sampai bila-bila. Jujur, saya bertuah mendapat guru sebaik kalian. Takdir meletak saya di SMKA SHAMS, dan menuntut ilmu dengan kalian, Alhamdulillah. Buat cikgu-cikgu tuisyen, Cikgu Nafisah, Cikgu Munisah, Cikgu Osman Buyong, Madam Susan dan Ustazah Zaharah, terima kasih banyak-banyak. Saya terhutang budi dengan cikgu semua. Jasa cikgu semua terlalu banyak, hanya Allah yang mampu balas. InsyaAllah. 

To kawan-kawan baik sentiasa di hati, 
Vexed girlfriends, I love you guys and I am truly proud of us. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Biar susah senang kita aku simpan sorang-sorang okay. Biar aku kenang sendiri. Hihi saya malas nak taip nanti meleleh air mata kang. Wuwuwuwu nanti masuk U jangan lupa aku, aku sayang korang okbai.

And Chuck. I am proud of you. Terima kasih sebab jadi kawan baik yang selalu lupa kawan (haha). Ada awek jaga elok-elok, jangan nakal-nakal. Jalan masih panjang terbentang luas untuk kau. Allah selalu ada dengan kau. Jangan sedih, jangan cembeng. Apa nii abang muscle nii eee tak gagah tau. InsyaAllah, Dia tolong. Kau jangan poyo-poyo. Aku tak sayang kau, jaga diri baik-baik. 

And 10As and 1Bs made me smile all day long. Alhamdulillah ya Allah.