Thursday, April 5, 2012

Future.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah kerana masih diberi sehari lagi untuk bernafas. Syukur.

UPU dah pun ditutup permohonannya. Ya, aku masih tidak tahu nak apply apa sebenarnya. Mungkin dulu, aku pernah cerita dekat orang lain yang cita-cita aku nak jadi doktor. Tapi bila masa sudah tiba aku keliru. Serius keliru. Serius tak tipu. Aku ini boleh dikategorikan manusia yang 'easy going'. Semua benda pun aku main redah je, walaupun mula-mula nak buat tu cuak gila. Jadi, aku rasa semua benda pun aku boleh 'in' dan semua benda pun, insyaAllah aku boleh handle. Jadi, aku pun tak tahu minat aku paling dalam ke mana. Aku suka medic, aku suka engine, aku suka juga kerja-kerja yang aku boss orang lain semua kena dengar cakap aku (gila kuasa!), aku suka kerja beruniform dan lasak macam askar dan pilot. Haha. Ayah mama konfem tak benarkan aku jadi askar, aku tahu. Tapi aku minat sejak masuk PLKN lah. Haha. Aku nak join Air Force. Coool kan? Aku tahu. Tapi entahlah. Aku nak jadi seorang doktor, selepas itu pergi ke Palestin, rawat saudara kita di sana. Nak jadi pejuang, insyaAllah.

Dan akhirnya, aku masih buntu. Serius perlukan bimbingan Dia. 

Juga, setiap keputusan yang dah dibuat atas pertimbangan aku sendiri. Mungkin itu yang terbaik untuk kita, dan aku harap engkau faham. Berdoalah agar 'persahabatan' kita dulu diredhai Allah. Amin.


Au revoir.