Saturday, May 12, 2012

InsyaAllah, di sini.

Dulu,
Bila orang tanya cita-cita aku,
Terus aku jawab;
'Nak jadi doktor, pakar bedah, kerja di IJN'.
Walaupun separuh dari hati macam tidak rela nak kerja itu.

Ye, hati aku tidak rela. Kurang sikit.

Tapi, setiap kali doa solatku, doa solat hajatku,
Yang itu juga yang aku pinta.

'Jadikanlah  aku seorang doktor yang beriman di sisi Mu.'

Lebih kurang begitu.

Ya, walaupun aku sedar hakikat aku tidak berapa nak jadi seorang doktor, 
Tetapi masih.. 
Aku berdoa untuk menjadi seorang doktor.

Tapi hakikatnya, aku sendiri sedar, aku sendiri tahu,
Susahnya subjek Biologi itu!

Tak tipu.

Malam-malam dulu, sewaktu nak ambil SPM, Biologi juga subjek paling aku tumpu.
Aku kan nak kejar Straight A.
Aku tahu aku tidak pandai Biologi.
Bersungguh aku belajar.
Salin nota, photostat nota, baca nota, ulangkaji nota.
Ye, lagi bersungguh dari subjek lain.

Masih juga, C, C+ menghuni keputusan Biologi dalam setiap ujian.

Malah, C+ Biologi dalam Percubaan SPM 2011.

Menangis aku.

Sampailah SPM.

Bila sedar nama aku tidak disebut dalam senarai nama pelajar Straight A SPM 2011,
Terus aku lari pergi belakang, 
Peluk ayah.
Minta maaf.
Sebab aku tahu mesti ayah kecewa.

Tapi ayah tidak.
Ayah senyum, suruh ambil keputusan dulu. Jangan nangis.

Alhamdulillah, 10A.

Ayah senyum.

Dan.. senyum ayah pudar sikit bila tengok subjek Biologi aku B+.

Aku?

Aku biasa je. Nak kata sedih pun tidak. Sebab dah agak diri ini jahil Biologi.

Saat itu juga, terus ku kuatkan diri katakan pada diri sendiri,

I DON'T WANT TO BE A DOCTOR!

......

Tapi, selepas jumpa kaunselor, pengaruh Mahirah si kawan baik,

Aku ambil juga kos Sains Hayat untuk UPU.
Saja je.

Tapi dalam hati.. tak hingen pun pergi!

Maka, dalam hati terus pasang angan-angan nak ambil kos Kejuruteraan, ataupun Sains Politik.

Tapi, terus juga berdoa ..

'Ya Allah, letakkanlah aku ke jalan yang betul, permudahkanlah jalanku, tunjukkan jalan padaku. Engkau Maha Mengetahui.'

Sains Politik di Turki, jalannya sangat susah, masa depan pun tidak secure.

Kejuruteraan di German, belum tahu lagi, tetapi aku tahu, jalannya susah. Masa depan pun belum tentu lagi.

Dan.. datang pula UPU.

UNIMAS- Asasi  Sains Hayat. 

..................

Jalan yang paling mudah.

Petunjuk dari Allah? InsyaAllah.

Doktor juga akhirnya, insyaAllah. Allah perkenankan yang itu.

Mungkin ini yang terbaik, yang paling tepat. InsyaAllah.


..macam kelakar pula, walau doaku tidak bersungguh, namun Dia masih mendengar. Dia tahu apa yang terbaik untukku. Aku pasrah, aku redha. Ini jalanku.



Oh ya, pernah ku ungkap, 

Biarlah result SPM ini penentu jalan hidupku. Aku tiada cita-cita. Biar Dia tentukan.

Biology B+. Mungkin bukan doktor. Itu fikirku.

Putus asa sebentar.


Dan terusku tekad,

Biarlah result UPU menentukan jalan hidupku. Biar datang dari Allah.

Sains Hayat.

Aku hanya hamba, tiada kuasa, tiada kudrat. Dia yang Maha Mengetahui.